Nana
AbeMembesarkan anak2 nie bermacam dugaannya. Bukan mengeluh atau mengungkit tapi kekadang terasa juga ingin meluahkan rasa bila hati telah tersentuh... bila hati terasa terguris kecil... Dua anak yang membesar... seorang yang sudah layak bergelar suami.
Sepatutnya disaat dan kala umur mengenjak sebegini mama nie dah boleh rasa lega dan aman tanpa gangguan emosi terlampau. Tapi .... semua itu mungkin lambat lagi jadinya. Bila malam tatkala mata mahu dipejamkan macam2 gangguan yang datang... satu..satu...satu dan satu yang menerjah benak maka disaat itu manik2 jernih mula berlumba2 keluar.... sebak...sayu..takut...
Mama sayangkan kamu semua, mama takut bila dikatakan tak layak menjadi mama kepada kamu semua.
Anak2 mama...
Mama dibesarkan bukannya dari keluarga yang senang-lenang yang boleh membuatkan kita hidup goyang kaki sampai ke sudah. Banyak ranjau, onak dan duri terpaksa mama lalui dari kecil hingga kini hidup mama nie belum lagi selesa.
Tapi...
Adakah pernah anak2 mama tahu naluri seorang mama ini...? Pernah anak2 mama tahu susah hati mama ini...? Berselindung dengan tawa... memyembunyikan tangis... mengikut segala kemahuan anak2 sebaik mungkin, menyelesaikan segala masalah anak2 dengan tenang.
Kini...
Mama ini hanya mahukan anak2 mama tahu bahawa mama tak ajar anak biadap... tak ajar mencuri.... tak ajar menjadi liar.... Mama takut itu semua. Ini bukan doa diharap anak2 mama tidak sebegitu.
Buah hati mama....
Sebelum mama ini menutup mata... hanya satu yang mama pinta... agar satu hari nanti akan ada anak2 mama yang mahu dengar apa yang ada di naluri seorang mama ini... Memangku mama mendengar segala2nya.... agar tenang mama di sana nanti....
Mama sayangkan anak2 mama.... walau apapun!!!








Tiada ulasan:
Catat Ulasan