Khamis, 29 April 2010

Inikah Dugaan....

Penat... dah semakin terasa penatnya. Kalau dibiarkan bertambahlah lagi penat ni. Sampai bilalah agaknya akan berakhir dugaan.. dugaan... dugaan. Memanglah bagai dikata bila Tuhan sayangkan kita Dia uji kita dengan dugaan demi dugaan... tapi... Demi Tuhan aku dah terasa sungguh sekarang ni penatnya. Hari-hari yang aku lalui semakin hari semakin sesak rasanya, penah juga terfikir kenapalah jadi macam ni? Kenapalah aku????? Kalaulah boleh diundur masa....

Tuhan... bilalah akan berakhir semua ini! Setiap hari dan detik masa berlalu rasanya tak pernah membahagiakan aku ini. Ikutkan hati mau saje aku meraung, menangis dan melalak melepaskan perasaan di hati ini. Tapi... orang tengok aku biasa2 aje, berselindung dengan gelak ketawa...

Ya Allah... Kau tabahkan hati hambamu ini, jika aku ada lakukan kesilapan, kau maafkan lah segala dosa ini dan jgn lah kamu membebankan ia kepada ku seperti kau membebankannya pada org lain, semoga kau ampunkan dosa-dosa diri ini agar aku sedar akan kebesaranmu ya Allah. Sesungguh nya aku bersyukur kerana kau menguji ku dengan pelbagai ujian, aku pasrah dan redha menerima ujian mu dgn hati yang terbuka. Semoga aku dapat jalani kehidupan ini dgn lebih baik dan bertambah baik. Sesungguhnya hanya mu ya Allah yang lebih mengetahui akan segalanya. Terima kasih byk2 Allah kerana menyedarkan diri ini dari terus leka ...

...Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
...Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
...Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk mu.
Mudah-mudahan...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan